Tuesday 27 March 2012

49 DAYS






Setelah Ji Hyun koma disebabkan kemalangan..dia yg kini menjadi roh diberikan peluang untuk hidup jika dia berjaya mencari 3 airmata yang dititiskan oleh org yg menyayanginya secara ikhlas..D ia diberikan masa selama 49 hari untuk menjalankan misinya mencari air mata tuh namun Air mata tuh harus dtg dri kawan2 nya atau org yg lain bukan dri keluarganya..dia dibolehkan untuk meminjam badan seorang wanita iaitu Song Yi Kyung untuk menjalankan misinya dalam 49 hari tuh.Setelah meminjam badan wanita tuh maka Ji Hyun pun menyamar dan hadir dalam hidup kawan2 nya.Namun setelah menyamar baru lah Ji Hyun mengetahui hakikat yg perit dlm hidupnya bahawa selama ni dia telah dikhianati oleh kawan baiknya dan tunangnya sendiri yg mempunyai hubungan sulit dan mrk berniat utk merampas hartanya.

Maka 49 hari tuh digunakan sebaik-baiknya untuk menyelamatkan syarikat ayahnya,hartanya dari dibolot oleh tunang dan kawan baiknya tuh..hari berlalu dan Ji Hyun hampir berputus asa kerana tiada satu air mata pun yg mampu dia peroleh sebaliknya mengetahui pengkhianatan terbesar dlm hidupnya.Tanpa disedari dia mulai rapat dgn Han Kang yg merupakan kawannya juga.Dalam x sedar penyamaran Ji Hyun yg menjadi Song Yi Kyung terbongkar apabila Hang Kang mengetahui perkara sebenarnya dengan sendirinya apabila melihat persamaan yg ketara S.Yi Kyung ngan Ji Hyun..dan jalan cerita makin menarik apabila Song Yi Kyung sendiri telah perasan dan merasai bahawa ada roh iaitu Ji Hyun yg tggl di rumahnya dan menggunakan badannya untuk sesuatu tujuan..awalnya dia takut dan akhirnya dia berkawan baik pula dgn roh berkenaan iaitu Ji Hyun apabila lama-kelamaan dia akhirnya nampak kelibat Ji Hyun..dan seterusnya menolong Ji Hyun sedaya yg bolehnya (sweet diorang ni hehe)

3 air mata berjaya dikumpul dan akhirnya Ji Hyun sedar dari koma namun takdir telah tertulis untuk dirinya bahawa dia haNYa mampu hidup selama 6 Hari saja sebelum terpaksa pergi selama-lamanya


No comments:

Post a Comment