Wednesday 28 March 2012

ujian MEdSI..??

ramai yg tak berapa tahu ttg ujian medsi tu..
saya pun tak berapa pasti sgt..
pi nie nak sher dgn korang sume ttg ujian medsi nie..


  1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 20 April - 27 April 2012.
  2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 28 April 2012.

  3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.
  8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.
  9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.
  10. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).

    Dengar jer 300 soalan yang mesti dijawab mesti panik!!! Sempat ke tak nak jawab dalam masa 1 Jam 10 Minit !! ilek..ilek..k..Soalan dia tak serumit dan sekomplikated macam MTEST. Dia takde soalan BI, MATH semua tu...so ta yah lar nak panik masa jawab tu nanti..

    YANG PENTING NYER JAWAB SEPOSITIF YANG MUNGKIN..

2 comments: